Wednesday 3 April 2013


Alang-alang dah bukak blog ni...nak kongsi lah filem pendek yang aku dan rakan-rakan telah jayakan...Aku berlakon dalam filem pendek ni...sebagai watak utama yang serabai tu...hehe....Saksikan lah yer..dan jangan malu-malu untuk meninggalkan komen anda...:D 

Ini adalah projek filem pendek rakan aku yang merupakan pelajar kursus Seni Layar (Skrin) di bawah kursus Single Camera Production.


INSOMNIA arahan Azmir Zenong

Insomnia "Igauan malam itu bertukar tragedi"

Sinopsis Filem Pendek Insomnia :
Syafiq mempunyai masalah Insomnia (gangguan tidur). Insomnia bermula apabila setiap hari Syafiq dihantui oleh khayalan suatu peristiwa lalu yang dia rahsiakan daripada semua orang. Khayalan yang muncul secara tiba-tiba membuatkan Syafiq tidak dapat tidur dan hilang kewarasan. Helmi teman rapat kepada Syafiq. Dia mula menyedari perubahan Syafiq yang berkelakuan aneh. Helmi bertanyakan Syafiq tentang masalahnya, tetapi Syafiq cuba berkeras untuk tidak menceritakan masalahnya itu. Dalam pada masa yang sama Helmi berusaha mencari kekasihnya, iaitu Wawa yang dikatakan telah menghilangkan diri dan tidak dapat dikesan olehnya. Helmi pada awalnya hanya menyangkakan kekasihnya itu merajuk dengannya, namun segalanya bertukar misteri apabila Syafiq pula yang mengalami gangguan Imsomnia terjatuh dari bangunan fakulti dan meninggal dunia. Misteri kehilangan Wawa, kematian Syafiq segalanya bakal terbongkar di akhir cerita ini.

Pelakon : Arif Ahmad (Syafiq), Kiki Zainal (Wawa), Amirul Ashraf ( Helmi)

Produser : Mohammad Asyraf Bin Khalib
Pengurus Produksi : Umi Azwa Binti Kamil
Pengarah : Mohamad Azmir Bin Zenong
Penolong Pengarah : Anis Fitrah Ilahi Binti Nazri
Pengarah Fotografi : Abd. Haziq Bin Abd. Latif
Pen. Peng. Fotografi : Mohd Afiq Bin Mohd

Hasil karya pelajar Skrin, Fakulti, Filem, Teater dan Animasi, UiTM.

Penghargaan :
Prof. Madya A, Razak Mohaideen (Dekan Fakulti)
Encik Khairul Anwar Mat Kassim (Ketua Program Pengajian Skrin)
En. Ali Hanafiah (Pensyarah)
Fakulti Filem, Teater dan Animasi,
Fakulti Pengurusan Maklumat,
Para Pelakon,
Azmir sekeluarga,
Krew Produksi.

All Right Reserved by Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Tukar Topik....


Firman Allah SWT di dalam AL- Quran Surah Ar-Ra’d
"Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka."
Berdasarkan keratan surah di atas, aku bertekad untuk mengubah diri aku dan juga blog aku nih. Kadang-kadang perubahan adalah bagus untuk memperbaiki diri kita dan menambah kekuatan diri kita sendiri.



Kenapa aku pilih "Teknologi" dan "Kreativiti"? Sebabnya adalah....dah alang-alang sekarang ni aku pelajar seni persembahan..mestilah kreativiti yang aku nak cari...:D  Tambah-tambah pulak sekarang ni aku lebih ke arah teknikal, grafik dan lakon yang memerlukan kreativiti untuk membantu kerjaya dan tugasan aku..hehe...

Selain teknologi dan kreativiti..aku jugak akan selitkan tentang hobi-hobi aku dan aktiviti-aktiviti aku....hehe...Blog Aku, Suka Hati Aku Laa!! :D Gurau-gurau ja...hahahaha

Oleh itu, terimalah perubahan aku ini...:) Akanku cuba yang terbaik untuk memperbaiki kelemahan diri ini..Wassalam..



Dah tukar topikk...weee~~ :D