Tuesday 18 December 2012

Maafkan Aku....

Maafkan aku kerana mengingkari


Maafkan aku atas kenakalanku


Maafkan aku kerana membuat kamu menangis


Maafkan aku andai aku tersalah


Maafkan aku andai aku menyakiti kamu


Maafkan aku kerana kebodohanku


Maafkan aku atas segala dosaku


Jangan membenci diriku...


Ya Allah, ampunkanlah segala dosaku padaMu...
Ibu, maaf kerana sering membuatmu menangis...
Ayah, maafkanlah segala kesalahan anakmu ini...
Saudaraku, maaf sekiranya ada kekhilafan...
Sahabatku, maafkanlah aku sekiranya tidak menjadi sahabat yang baik...

Maafkanlah aku...Halalkan makan minumku...Baranganku...Andai terambil atau sengaja...

MAAFKAN AKU....

Senyuman Palsu...:|

*Dah berhabuk blog aku*

*Entah berapa lama aku tak buka blog nih*

*Okay! Hari ni aku nak mula menulis semula kat blog nih*

*Harap dapat hilang semua tekanan..Haha*


Besar betul senyuman brader nih...haha.....Tapi tak semua orang yang senyum benar-benar senyum...Dalam maksud yang mudah, Orang Yang Senyum Tak Bererti Dia Gembira......Hanyalah senyuman palsu 
semata-mata atau dalam Bahasa Inggerisnya Fake Smile...

Benda ni dah lama aku tahu dan sedar...Sebab aku pun selalu buat Fake Smile nih...Hahaha...Nak dikatakan yang aku nih, boleh la jugak nak kenalpasti orang yang pakai topeng senyuman ni...

Aku boleh bezakan mana senyuman yang ikhlas...Senyuman yang sembunyikan kesedihan...Senyuman annoying dengan orang lain...Banyak lagi lah...Haha...

Tapi bila dah terlampau expert dalam membezakan senyuman ni, aku pulak jadi susah nak senyum...Sebab dari situ kita dapat tahu siapa yang ikhlas berkawan dengan kita, siapa yang gembira bersahabat dengan kita,  dan siapa yang sebaliknya....



Sampaikan aku jadi takut nak menyuarakan pendapat..Risau andai ada yang tidak menyukai pendapat aku...Memanglah bila kita bagi pendapat ada yang sokong dan ada yang membangkang...

Tapi, benda yang membuatkan aku takut untuk memberi pandangan adalah bila wujudnya orang yang tak sependapat dengan aku tapi berlagak seperti menyokong aku...Kemudian kat belakang aku cakap macam-macam... 

Sampaikan aku dilihat sebagai orang yang jahat...Walaupun pada hakikatnya, aku takda niat pun nak buat orang benci aku....

Fake Smile ni kadang-kadang ada baiknya jugak, contoh bila aku mula ada rasa benci terhadap seseorang....

Aku akan gunakan senyuman palsu ni untuk menutup segala amarah aku...Lama-kelamaan..Senyuman yang mulanya palsu boleh berubah menjadi senyuman yang seikhlas-ikhlasnya...




Bila dah melalui perkara macam ni ditambah lagi dengan tekanan dari hal-hal lain.....Kini aku rasa betapa SUSAHNYA UNTUK SENYUM...

Senyuman aku sekarang pun aku rasa Fake sangat...




Kesimpulannya, Jangan Menilai Orang Dari Luaran...Don't Judge a Book by its Cover....